Tentang aku...

Walaupun nama blog ini adalah nama penyubiru tetapi pemilik blog ini bukanlah seekor penyu yang berwarna biru. Malah seekor penyu pun tiada dalam peliharaanku.Nama ini ada kaitan dgn negeri kelahiranku. Dan MAAF! kepada gadis² diluar sana kerna aku sudah berkahwin dan BARU mempunyai dua orang anak pompuan yang comel sepertiku.

Penafian

Aku tidak akan bertanggungjawab atau menanggung atau menjawab atau ketiga-tiganya sekali terhadap sebarang kecelaruan,kemerosotan atau kekrisisan yang dialami oleh korang kerana melayari atau membacari atau mengadaptasi maklumat-maklumat yang bernas lagi celaru dalam blog ini. Scala Richter : 10 !

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Iklan Prihatin : Selamatkan Planet Kita

Marilah Semua..


Selamatkan Planet Yang Kita Diami Ini....


Untuk Generasi Anak-anak Kita...


Gunakanlah Beg Kitar Semula (Recyle Bag)... Yeah! sengihnampakgigi

Disamping anda nampak ayu dan elegan mengelek recyle bag di kala shopping, anda secara tak langsung telah membantu menyelamatkan planet kita. kenyit

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

Gambar yang last dibawah ni tuk En Yunus Badawi (YB). Dia kata dia nampak aku kat Tesco Ampang. Aku pertontonkan emel YB kepada aku semalam. (takpe kan YB? hehe..)

Assalamualaikum Bro

Aku nampak seorg bersama keluarganya di tesco ampang malam tadi. sebijik mcm ko. dia siap pakai topi lagi. ko ke tu?



aku tak tegur sbb muka dia tak sehensem muka ko. Tapi anak2 dia mcm Qariena dan Sya. betul aku cakap ni. Cuma bini dia tak pakai tudung.





Kehenseman aku telah menyelamatkan keadaan. haha...





psstt!! YB, gambar ni diambil kat TESCO Mutiara Damansara tau, bukan kat TESCO Ampang seperti yang digembar gemburkan. haha.. so, gambar di atas ada persamaan tak ngan 2 budak yg ko nampak kat TESCO Ampang tu? aku yakin ko akan jawap "tiada persamaan..". hehe sengihnampakgigipeace



-

Top Komentator Bulan Jun

Seperti kebiasaannya, tiap² bulan aku akan mengumumkan seorang pemenang Top 1 Komentator. Ia salah satu cara untuk aku menghargai anda semua yang sudi membaca dan memberi komen setiap entri yang aku publishkan di blog ini. Nak bagi kepada semua, agak tak mencabar, jadi aku pilih yang top 1 saje.




Jika dilihat daripada carta di atas ( kali ni aku sempat print screen) ...tak lain dan tak bukan..

pemenangnya adalah (background ade bunyi gendang..)


intan.dayana !!! celebratecelebratetepuktangantepuktangan (kembali merampas takhta nampaknye..hehe)


Tahniah diucapkan !!


Seperti biasa, anda mendapat award berprestij dibawah ini






Sila kopipes code di atas dan letakkan di blog anda untuk menambahkan kekiutan blog anda. (arahan ini untuk pemenang sahaja yer)

Memandangkan ada sebenier baru dan berbeza dari sebenier yang pernah ko dapat sebelum ini, maka aku dengan bermurah hatinya mahu memberi kamu sebenier baru tersebut. Jadi, silalah emel alamat rumah anda. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan sebenier tersebut tidak sampai ke tangan anda. No address No sebenier! Harap maklum.

Syabas diucapkan dan terima kasih kerana menyokong blog ini. Teruskan usaha murni anda itu.sengihnampakgigi





-



-

-
-

Iklan Bio Aura. Motif??

Tiap kali aku tengok tv, aku mesti akan tertengok iklan Bio Aura. Tengok tv je ade iklan Bio Aura, Tengok tv je ade iklan Bio Aura, ade iklan Bio Aura jer aku tengok tv. Agresif sungguh diorang "promote" Bio Aura. Aku rasa korang pun tentu tertengok juga iklan ni kan. Melainkan korang tak pernah tengok tv atau pernah tengok tv tapi tv tak on atau korang memang tak kenal apa itu tv.

Iklan-iklan sebegini membuatkan fikiranku terganggu. Bukan terganggu kerana tak sabar² nak join jadik kaya cam diorang. Bukan. Setelah beberapa kali melihat iklan tersebut yang berbeza² ceritanya, aku mula terfikir apakah motif iklan tersebut.

Dalam setiap iklan yang aku tengok, digambarkan ejen-ejen penjual dalam iklan tersebut kaya raya, punya kereta besar dan bini besar rumah besar hanya dengan menjual sistem penapis air Bio Aura.

Aku tidak pasti apa motif iklan tersebut. Adakah iklan tersebut mahu mempromosi sistem penapis air Bio Aura? atau adakah mahu menarik orang ramai menjadi ejen penjual sistem penapis air tersebut?

Daripada pemerhatian aku, iklan tersebut menarik orang ramai untuk menjadi penjual sistem penapis air tersebut. Kalau nak jual produk, tentu iklan tersebut cerita detail tentang diya kelebihan produk tersebut. Digambarkan dalam iklan tersebut, sekiranya anda menjual Bio Aura, anda akan menjadi kaya-raya seperti mereka. Sehingga ada kata-kata dalam salah satu iklan tersebut berbunyi begini, "Inilah sistem penapis air Bio Aura. Ianya telah memberi rezeki kepada kami sekeluarga". Aku bab² ilmu agama kurang skit, tapi aku rasa ungkapan di atas cam tak kena je. Ada ke patut Bio Aura tu dikatakan memberi rezeki. Anda pikirlah sendiri. Maafkan jika aku salah mentafsirnya.

Dalam iklan versi yang lain pula, juga penjual Bio Aura dan juga kaya raya, telah memberitahu bahawa sebelum dia menjual produk tersebut, dia adalah seorang pemandu lori. Hidup susah. Apabila dia mula menjadi penjual Bio Aura, hidupnya menjadi kaya raya. Kenyataan tersebut mengambarkan seolah-olah pekerjaan pemandu lori tidak memberi kekayaan kepada anda. Ia akan menjadikan hidup keluarga anda susah. Jadi anda perlu berhenti dari memandu lori dan seterusnya menjadi penjual Bio Aura. Maka lepas ni, banyaklah lori² yang tersandai kerana tiada sape² lagi yang mahu menjadi pemandu lori. Iklan jawatan kosong pemandu lori pula akan memenuhi dada² akhbar saban hari. huhu..

Aku terfikir lagi,

kalau semua jadi penjual Bio Aura, sape yang nak beli? fikir

kalau semua jadi penjual Bio Aura, sape yang nak keje jawatan² lain tu? fikir

Oh! aku terlupa nak bagitau. Produk Bio Aura dipasarkan oleh Hai-O Marketing. Produk ini dipasarkan secara multilevel marketing atau MLM. Bila sebut MLM, maknanya mencari downline adalah lebih utama dan perjualan produk akan berlaku secara automatiknya. Anda tidak akan kaya raya seperti ejen² dalam iklan tersebut jika hanya menjual Bio Aura semata-mata walaupun banyak Bio Aura anda terjual. Sebenarnya, anda perlu mencari downline dalam masa yang sama. Dan, itulah motif iklan tersebut, untuk mencari downline seramai yang mungkin.

Aku bukan jeles dengan kejayaan mereka. Tapi cara iklan tersebut disampaikan amat tidak kena. Ia mengambarkan seolah² hanya menjual Bio Aura membolehkan anda menjadi kaya raya dan mewah yang mana memang semua orang impikan. Satu gambaran yang menunjukkan pekerjaan tersebut senang saje. Sapa² pun boleh kaya. Sedikit sebanyak menjadikan orang lain akan tawar hati dengan pekerjaan mereka sendiri. Yang keje gomen sudah tidak berminat ngan keje gomen. Yang jadik cikgu sudah tidak berminat mengajar. Yang jadi doktor sudah tidak berminat merawat pesakit. Kepakaran dan pengalaman kerja yang ada habis begitu saje. Yang student plak jadi malas nak belajar dan sentiasa ponteng kelas kuliah sebab sibuk join seminar dan carik downline. Yang jadi blogger sudah tidak minat blogging. eh! ada ke? hehe.. kalu ade blogger yg jadik ejen Bio Aura, kalu kaya nanti jangan lupa buat kuiz kat blog yer. Bagilah hadiah merc sebijik kepada pemenang yer. hehe...sengihnampakgigi

apa pula pendapat korang? garupale

Renung renungkan dan sayangi pekerjaan anda! peace



-







Kisah Seorang Biduanita -Qariena

Rasa-rasanya... sesuai tak kalu aku taruk lagu ni untuk aksi² Qariena di bawah. ihikhik

Dari sebuah desa

Berbekal gitar tua

Datang ke ibukota

Dengan penuh harapan

Menjadi seorang biduanita ( 2X )




Oh biduanita pujaan

Pujaan tua muda

Kau ditaburi cahya

Dan sinar kekaguman

Dan riuhnya tepukan ( 2X )



Meskipun kau tersenyum

Namun orang pun tahu

Apa isi hati mu

Tatkala kau lagukan

Lagu mu lagu sedih

Perjalanan hidup mu

Ditinggal kekasih mu ( 2X )



hehe... Qariena mmg skang ni ditinggalkan kekasih. Ibunya outstation. huhuu.. tapi kan naper aku pun rasa sedih gak ni. haha..


nota : lirik diatas diambil dari lirik lagu asal "Kisah Seorang Biduan - Dahlan Zainuddin"


-