Tentang aku...

Walaupun nama blog ini adalah nama penyubiru tetapi pemilik blog ini bukanlah seekor penyu yang berwarna biru. Malah seekor penyu pun tiada dalam peliharaanku.Nama ini ada kaitan dgn negeri kelahiranku. Dan MAAF! kepada gadis² diluar sana kerna aku sudah berkahwin dan BARU mempunyai dua orang anak pompuan yang comel sepertiku.

Penafian

Aku tidak akan bertanggungjawab atau menanggung atau menjawab atau ketiga-tiganya sekali terhadap sebarang kecelaruan,kemerosotan atau kekrisisan yang dialami oleh korang kerana melayari atau membacari atau mengadaptasi maklumat-maklumat yang bernas lagi celaru dalam blog ini. Scala Richter : 10 !

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jom Bertwitter !!

Jika dulu masa nak masuk keje kat sini, aku kena di interbiu. Skang, hari ini aku pula interbiu orang. Tapi ini bukan pengalaman pertama aku, suatu masa dulu aku juga pernah interbiu orang.
Minggu ni hingga minggu depan dipenuhi dengan sesi interbiu. Best oo dapat saiko orang. hehe..

Dikesempatan ini aku nak citer pasal twitter.

Mungkin ramai yang sudah tau apa itu twitter. Bukan twister yang makcik ni suka minum. Bukan itu yang ku maksudkan. hehe sengihnampakgigi

Twitter ialah laman social microblogging yang semakin popular sejak akhir² ini. Fungsinya ringkas saja, anda boleh mengemaskini status anda kemudian berkongsi dengan rakan² atau followers anda. Anda boleh tinggalkan mesej pendek di twitter seperti 'saya mengantuk. nak tido ni’ , 'saya baru bangun tido’, ’saya rasa blog penyubiru ni best. sila ke penyubiru.blogspot.com' dan sebagainya.

Bagi follower pula (kebiasaanya terdiri dari rakan² anda dan bloggers) akan dapat membaca mesej anda itu dan juga boleh membalas mesej tersebut jika mahu. Nampak seperti cam chatting, tapi ia bukan platform tuk chatting. Just hantar mesej pendek² je tuk bagitau status anda. Sekurangnya kekawan anda tau apa yang sedang anda lalui.

Anda hantar satu mesej, seme followers anda akan dapat baca mesej tersebut. Kira satu mesej untuk semua la.

Contohnya, pagi ini aku tidak dapat update blog. Bagi "peminat" blog ni, tentu tertanya² kenapa aku tak update blog. Sebagai blogger yang mempunyai "peminat" yg ramai, aku kena bagitau status aku kenapa aku tak update blog. hehe...

err..korang tau ke status twitter aku ade dipaparkan di blog ini ? Jika korang perasan, ade kat header blog aku ni disebelah kanan anda. Yang ade gambor hensem aku tengah taip sms tu. hehe..

Kalu aku tak dapat online, aku akan update status mesej aku melalui sms. Aku sms ke twitter. Nanti twitter akan paparkan status aku tu di blog aku.

Camne nak sertai twitter?


Masuk saja twitter.com dan daftar. Boleh juga invite rakan² dari kenalan email anda. Kalau dah sertai, anda boleh mula follow orang lain dahulu dan kemudian mencari followers pula.

Twitter ada widget atau apa2 aplikasi ke?


Terdapat bermacam2 jenis widgets/application untuk twitter. Anda boleh lihat sebahagiannya di twitter apps. Tapi aku tak pakai widget ni. Aku modified sendiri dan taruk aku punyer kat header sebelah kanan tu. Terpulang kepada anda.

Kalu dah join twitter tu, jangan lupa follow aku yer.

Pahtu anda boleh try install tweetdeck tuk bermain² ngan twitter.

Selamat bertwitter!!! peace


-

23 komentator:

  1. Jard The Great said...
     

    waaa.. aku nak! nak! thanks for the info!

  2. Ryehanna said...
     

    heheh..br nak aktif bertwitter. kalo idak usah hrp.

    weh sesukati ati je kata aku makcik!! aku muda lagi aaaaarrr!! (dia tu yg dh tua)

    sentap tol aku bab umur2 nih... :P

  3. [[~R*i*Y*s*E*s**L*a*D*y~ ]] said...
     

    huh..gd info..nak try tp malas la..

  4. HEMY said...
     

    ooo..tu fungsi dia..mekaseh share en penyubiru.

    mungkin bila trafik ke blog aku tggi suatu hari nnt aku akan gunakan

  5. Jard The Great said...
     

    eh penyuk.. aku dah register.. camner nak letak kat blog hah??? puas aku godek2..tak dpt jua.. huhuhu..

  6. [[~R*i*Y*s*E*s**L*a*D*y~ ]] said...
     

    huhu..cara2 nak add in komen terkini x der ker..
    hikhihkhihk

  7. Mak Su said...
     

    whoaaa... hebat tu. tapi aku kena biasakan diri dulu sebab buta IT

  8. sakinah said...
     

    sms?
    err bpe sen kena?

  9. INTAN said...
     

    OOOOOO......baru aku tau.....

  10. ezzati said...
     

    ermmm..nk twitter la...
    thanks 4 de inpo en.penyu...
    nah sekupang..

  11. Mr PenyuBiru said...
     

    jard,
    sama²

    rai,
    err..hehe..saje je nak bagi ko bertambah femes.

    riyses,
    kalu rajin try le

    hemy,
    laa..try je la.takyah tunggu trafik tinggi.

    jard,
    laa...kan aku dah bagitau pasal widget tu.cuba try carik kat situ

    riyses,
    nnt aku try buat tutorial.bizi skit la.
    cuba taip kat gugel "widget recent comments for blogspot"

    mak su,
    blum cuba blum tau.

    sakinah,
    kalu update melalui sms, charge 20 sen abg sudin!

    intan,
    skang dah tau,try ler..

    ezzati,
    tak mau sekupang.nak 20 sen abg sudin! hehe

  12. Faris Ibrahim said...
     

    menarik..memang menarik..
    nak wat gak la nnt..
    PenyuBiru,aku rasa nak gak la wat top komentator tu..hehe..
    Sehari dua ni br ramai yg nak mengomen kat blog aku..
    Anyway,thanx yer..
    ade masa,sila2lah jenguk blog kite!

  13. Yunus Badawi said...
     

    Kalau macam ni Azli Paat tak boleh cari makan hehehe

  14. Faris Ibrahim said...
     

    Lalu kat blog penyu biru sambil nyanyi..
    Lalalala....
    Hehe..

  15. intan.dayana said...
     

    aku da jOin twitter ni taun lepas lg..sbb lecturer aku suh..senang dea nk btau pape..tp aku da lupe ape password aku sume..hehe.

  16. Adry said...
     

    aku dah lama ada tweeter... tapi tak beraapa reti guna.. hehee... nanti aku try lagi la.. hehhe


    Adry @ http://www.adrysabry.com

  17. Mr PenyuBiru said...
     

    faris,
    buat jgn tak buat

    YB,
    kalu metro ambik aku ganti azli paat baru best.hehe

    faris lagik,
    hepinye dia..

    intan dayana,
    klik la "forgot password"

    adry,
    memula aku pun tak brape reti gak. pelan pelan..

  18. yginsaf.com said...
     

    oke abang penyu tewww.. keep it up

  19. achik said...
     

    thanx for sharing.. :D

  20. intan.dayana said...
     

    bukan password je aku lupe..email ape yg aku gune pOn aku lupe..hehe~aku ni short term memory sket...lalalala~

  21. kakLuna said...
     

    oo twitter...twitt twittt

  22. Ir. hydir said...
     

    twitter mmg mengasyikkan
    jom twitt..twiitt

  23. lili11 said...
     

    Tweet .. tweet! Tweeeeeettttt! Hih, aku kureng gemo lah twitter nih! Nape entah! Aku cumer twitter tuk tweet giveaways jer ... Ko tak pernah join giveaway ke?

Post a Comment