Tentang aku...

Walaupun nama blog ini adalah nama penyubiru tetapi pemilik blog ini bukanlah seekor penyu yang berwarna biru. Malah seekor penyu pun tiada dalam peliharaanku.Nama ini ada kaitan dgn negeri kelahiranku. Dan MAAF! kepada gadis² diluar sana kerna aku sudah berkahwin dan BARU mempunyai dua orang anak pompuan yang comel sepertiku.

Penafian

Aku tidak akan bertanggungjawab atau menanggung atau menjawab atau ketiga-tiganya sekali terhadap sebarang kecelaruan,kemerosotan atau kekrisisan yang dialami oleh korang kerana melayari atau membacari atau mengadaptasi maklumat-maklumat yang bernas lagi celaru dalam blog ini. Scala Richter : 10 !

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Misi Mencari Tadika

Hari tu sembang-sembang ngan Batrisyia, nak sambung sekolah kat tadika tu lagi ke. Batrisyia boleh jawap tak mahu sekolah tu, nak sekolah lain plak.

'' apsal tak mahu plak?''
''boring!''

itu je la yg dia tahu jawab. adeh! pahni kena survey tadika lain plak aa.pahtu siap tambah lagi ''nak sekolah yg ade baju cantik-cantik!''

adeh! layan je la....

************

Semalam, ibu dia mintak ambik remote aircond dan tolong offkan aircond sekali.

''Sya,tolong ambik remote tutup aircond. ibu sejuk aaa....''
''Kalu sejuk ibu ambik selimut aaa...''

adeh! sabor je la....

ok.aku mahu meneruskan misi mencari tadika.bye!



Sudahkah anda sertai Catcheye? Jika belum sertai sekarang sebelum terlambat.Tak kena bayar apa² pun. Maklumat lanjut baca disini.

22 komentator:

  1. Finaz said...
     

    anak saya skolah kat http://arifminda.blogspot.com/

    kira oklah skolah nih. Umur 4 thn dah tau mbaca, mnulis, mgira. English - Arab Islamic concept.

    Kalo saya dulu tadika baca pun x reti hehehe...

  2. Lifesaver said...
     

    wahhh!dah pndai menjawab.

  3. intan izani said...
     

    budak sekrg kecik2 da pandai boring kan
    eii, pengaruh mak bapak la ni
    oops..

    hehe
    selamat mencari tadika~

  4. Diya said...
     

    Huhu. tadika pakai baju cantik2 tu kira mcm baju seragam lah ye? ke memang tadika nowadays kena pakai baju seragam, bro?

  5. Mr PenyuBiru said...
     

    Finaz,
    kat shah alam.jauh sgt tu.nak cari yg depan umah je.hihi

    saya pulak dulu tak tadika pun tapi reti baca.hihi

    lifesaver,
    bukan saje pandai menjawab tapi pandai auta.aduh la..

    intan izani,
    bukan salah mak bapak,diorang yg salah ikut.hihi

    Diya,
    a'aa.. yg Sya masukkan tu baju seragam aa.dia nak baju seragam yg cantik². tadika skang seme ade uniform.uniform pun memainkan peranan tuk menarik berbudak.

  6. BRO_MONDAY said...
     

    ('',) cute nye jawapan... koh koh koh

  7. Sitisifir10 said...
     

    Bagus!! Anak ayah la kan... ehehe

  8. intan.dayana said...
     

    anak kO kan dah pandai.masukkan je trus darjah satu.hehe.

  9. Jard The Great said...
     

    erk! da pandai melawan la kiranya si bast kan? kan? ehehe

  10. ezzati said...
     

    batrisya2...makin besar..makin pandai berkata2..nnti msti jd playgirl...kikikkikk..

  11. n@m@n said...
     

    comeynya jawapan dia!

  12. achik said...
     

    ko kata, bukan saje pandai menjawab tapi
    pandai auta.aduh la..

    aku kata, ikut sape la tu??? aku syak bapak dia.. ekeke.. ;p

  13. Fa-Ei-Za said...
     

    Cube ko tgk website ni - http://www.littlecaliphs.com/index.html

    cawangan dia banyak, manalah tau kot sangkut dkt2 ngan umah ko. Konsepnye English Islamic. Semayang, bhs arab, mengaji, smua ada, dlm ms yg sama bhs pengantar english. Byk dah tadika skrg yg amalkan konsep ni.

    Ank aku pn nnti hntr tadika yg konsep camtulah, tp bkn yg aku bagi website tu, tadika lain. Byrn setaun mmg mahal, tp aku pejam mata jelah, demi nk bagi ank bijak & pandai :-)

    Skrg ni belum sekolah pun dh telebih2 pandai - samalah cm anak ko, ank aku suka beno ckp boring. Sikit2 boring, sikit2 boring sampai aku pun naik boring dengo :-D

  14. xiiinam said...
     

    misi mencari Universiti pun kena sedia dari sekarang.....terutamanya 'biayanya'....dah mula menabung tu....

  15. KAKTINY said...
     

    sama le kita.. tgh carik jugak ni utk anak.. hihihi..

  16. syah shah said...
     

    err... Aku yakin sangat, Sya misti ngikut ayah nya laa tu... Har har har har :P :P

  17. Mak Su said...
     

    ooh, nak tukar tukar selera...

  18. cikmanggis said...
     

    anak cm cakap..cukup lah dah 4 tahun dah sekolah,nak berhenti boleh tak?hehe sekarang anak cm dalam darjah 4:)

  19. kawie2020 said...
     

    aku blom ade anak lagi.. nanti2 lah aku cari tadika.. hehehehe...

  20. Mr PenyuBiru said...
     

    bro monday,
    batuk ke tu.hihi

    sitsifir,
    mana tumpahnya kuah kan

    intan dayana,
    boleh tapi takut budak darjah satu xbelh cari makan lah plak.hihi

    jard,
    bukan pandai melawan,pandai menjawab

    ezzati,
    haha.. mandai la ko..

    naman,
    secomel abahnya kan..hihi

    achik,
    tidak syak lagi.haha

    faeiza,
    thanks atas url itu tapi takde cawangan kat kwn berdekatan lah plak.huhu

    tapi kan kalu pejam mata masa bayar,tak tersalah kira ke nnt duit tu.haha

    cklAh,
    itu sudah semestinya.kalu tak dr skang,kesian besok² diraong nak blajar.

    kaktiny,
    kita serupa..hihi

    syah,
    keyakinan ko diragui.haha

    mak su,
    biasalah berbudak...

    cikmanggis,
    nak benti? lagi haru.hihi

    kawie,
    cari awal² pun bleh,nnt ade anak terus sekolahkan aje.hihi

  21. Ernie said...
     

    budak kalau dah boring kite tak boleh nak paksa
    takpe banyak masa lagi sebab saya sendiri pun tengah mencari tadika jugak untuk yang kecik tu.

  22. yOnnA said...
     

    kecik2 dah pandai T__T mintak2 esok besar jgn lawan mak ayah, mintak dijauhkan

Post a Comment